mcmc
Jadual Aktiviti

PERTANDINGN USAHAWAN ONLINE PUSAT INTERNET BAGAN NAKHODA OMAR

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!! ?

Pusat Internet BNO sedang mencari usahawan yang berminat untuk dibimbing bagi membuat jualan didalam platform Shopee dengan menggunakan akaun Shopee anda sendiri. Jangan risau kami petugas akan membantu anda jika anda tidak tahu caranya ?

Sertai Pertandingan Usahawan Baru Online dan bengkel keusahawanan kami. Hadiah yang disediakan sangat lumayan ???

Terma dan syarat adalah seperti dibawah:

1. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
2. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun dan ke atas
4. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
5. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah Jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Tarikh untuk mendaftar : 15 Julai sehingga 20 Julai 2020

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi :
Pengurus (Feris) : 0133210554
Pen.Pengurus (Miza): 01111933097

 

107701958 2644312402335980 4842852882302171960 n